Thursday, September 10, 2009

tesisku...

Pada semester ini aku di amanahkan membuat tesis..alhamdulillah sampai 08/09/2009..kami bertujuh yang diselia oleh Dr Razaq Ahmad telah dapat menjalankan dan mengedarkan soal selidik kepada responden-responden yang kami ingin kaji, iaitu Orang Asli. Tajuk tesis ku..."Tinjauan Sikap Pelajar Orang Asli terhadap P.I di sekolah Men Daerah Gua Musang. hehehheheh... disebabkan aku memang tinggal di ciku,daerah gua musang, so...mudahlah bagiku untuk mencari responden. Di daerah Gua Musang terdapat banyak juga sekolah yang mempunyai pelajar2 Orang Asli antaranya...SMK CIKU 1, SMKTIP 1, SKMTIP 2 DAN SMK LEBIR dan SMK JEREK. Inilah antara sekolah-sekolah yang aku maklum pelajar-pelajarnya terdiri dari anak2 Orang Asli. Berkat usaha dan semangat kami semua...saya dan 4 orang kawan saya akan menjalankan kajian ini pada 13/09/2009 di dua buah sek dan kaw perkampungan orang asli.. kawan2ku akan menumpang di rumahku selama 3 hari 3 malam demi menyiapkan tesis ini... Pada 11/9/2009 kami bertolak balik ke Gua Musang dengan menaiki Keretapi..huhu besnyer... Dan aku plak, balik edar soal selidik ni, kemudian aku sambung terus cuti hari raya, hoooreyyyy.. sebab aku xbeli pun tiket nk balik kampung, pada asalnya aku nak balik dengan kakakku...yang mengajar di Kepong... So, xjadilah balik dengan dia,,,,..selamat berhari raya lah buat semua sahabat. Aku akan balik ke UKM plak pada 28/09/2009. dan akan menganalisa hasil kajian yang aku akan kutip nanti.... sekian dahulu untuk coretan kali ini...waslam.

Sunday, September 6, 2009

YANG LALU, BIARLAH BERLALU


Mengingati masa lalu dan menghadirkan kmbali dlm kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan satu tindakan yg bodoh dan gila. itu, sama ertinya dengan membunuh semngat, membunuh harapan dan menghalang orang untul mnjalani kehidupan seadanya.
Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakanya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yg sgt kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sbhgian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.