bes jgak ea....tapi takut tu tetap ada laaaa............
Tuesday, February 9, 2010
kem Bina Insan Guru 2010.
bes jgak ea....tapi takut tu tetap ada laaaa............
Friday, January 29, 2010
Rabi'atul Adawiyah : Kisah-kisah teladan
Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara' dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah. Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau?.
KISAH
Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut. Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini." Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah.
Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku. "Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi
kepada pencuri tersebut. "Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." kata si pencuri berterus-terang. "Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi. "Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri.
"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah. Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa
sebelum ini.
Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."
Monday, January 25, 2010
~ MAKAN BESAR~
salam..bersua lagi kita di arena bloger ini hehhee... ni nak cerita pglaman g makan2 dengan pensyarah kami..hehehe penyelaras PIPAQ n mrgkap pnyelia kami masa praktikal aritu... dR Isa. pada 19/1/10 alif bdak p.i tu yg mesej kami2 yg praktikal di kelantan aritu... dia gtau dr mat isa nak jumpe kami n nak feedback daripada kami semua tentang LIPIPAQ yg kami guna masa praktikal aritu,,yg guna laman ni hnya di bawah seliaan dr isa sahaja. Dipendekkan cerita kami pun pergi la jumpe dr dekat bilik rehat pensyarah di Fpend tu..tggu punya tggu...kami di sruh jawab soalselidik n di intvw skali hehehehe.. xpernah lagi rasa taku camtu almaklumlah xpernah di intvw.. pdhal xde pe2 pon,,, antra yg terlibat ialah - linda, sihah, nisa', hanis, farihah n suraya. tapi suraya xg pun,dia ada hal. Lpas kami dah siap semua,,dr xbagi blik lagi,dia kata nak blanja kami..makn tgahri. so, kitaorang ni malu la jgak sbnarnya,,,heheh.. tapi kami ok jer,,suka lagi..pnsyarah nk blanja kan..jrg2 skali nih... so, kami ber5 ni naik kete dr isa la...n alif g dgan motonya..farihah xg sb dia puasa. so,pusing2 cari kedai makan...emmm berentila dkat hntian kajang tu..ala restoran VIEW VILLAGE.. eh betul la kan... ?? kami pun masuk la kdai tu...xpernah lagi g kdai tu,,,first time.. em masuk2 malu nak order plak....!!!!!!! knon2 nak make pelik2 la...heheh. last kami order nc putih, tomyam, sup campur n ikan kembung 3 rasa hehehehe.makan tuk 5 orang...make besar jgak la aritu...heheheh.. makn2 sambil bincg nge dr Isa pasal bdak2 pipaq n BIG pgkor ni laaa..... ehh lupa dlm blog ni xgtau lagi ken pasal pangkorhehehheheheh...nati nk habaqkan ea... ok laaaa dah hbs makn2 smua kami pun balik la... masa makn2 memg kami "ngenat" sihah,,kesian sihah... tapi sihah suke jer sbenanya heheheheh.. ok laaaaa,,nati kita bersua di arena lain plak..saje je nk cite tntg saki baki spnjg duk UKM ni....heheheh ok..salam
Tuesday, January 12, 2010
as-syura..PERDANA + PUSAT ISLAM UKM
salammmmmmmm....... muharam 1431
mari2 puan dengar ini cerita hehehehe..masak la...tuk pengacau2 sugho...emm hentam saje laa...
penyeri majlis wak sugho nih....ni la ahli2 gerak kerja masak memasak tuk yg llelaki2 tu...
ni bahgaian dalam kawasan dapur....nguca ko bua...
alamak.....versi manae plak nih..... gape gak cik nor dio blake tuhhhh...)
ni versi perempuan melayu sejati plak...heheheh ntah2 hangit dah tuhhhhh.....eksyen je tu
ini la penat lelah pengucau heheheh... rijal tuh bena kacau pade sedap sugho nehh
ni kitaorang buat kat masjid ukm bergabung dengan perdana n pusat Islam UKM..
Tuesday, December 29, 2009
Kenangan 2009

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
salam,,salam ukhwah fillah buat semua sahabat2. sekarang dah 29 ariblan disember 2009...dalam 2,3 hari lagi akan masuk tahun 2010. Semoga hari2 yang lepas akan memberi seribu kenangan dan motivasi untuk lebih bersemangat menghadapi hari2 mendatang.. Binalah azam dan semangat baru untuk tahun baru 2010 ni. Saya lebih bersemangat tuk tahun 2010 ni,sebab saya dah last sem ni heheheeh.. xsabarnye nak tamatkan belajar nih... nak ke alam kerja plak... rasa sedih jgak bila difikirkan akan berpisah nge kawan2 di UKM ni...nanti smua akan mengikut haluan masing2. Menunggu masa tuk posting la plak...... kawan2 pun skrg ni dah ramai yang dah membina rumahtangga. Hasrat hati ini nak kerja dulu,,,bila dah posting nanti barulah bersedia tuk bersama pasangan hidup hehehehheheheh").
Saturday, December 26, 2009
Salam dan selamat kembali ke UKM,,,20/12 baru ni daftar sem baru...skrg ni mggu kuliah laaa. waaaaa dah sem akhir ni...sem ni ambik 4 subjek je....1}pembgunan insan,2}sains kehidupan,3}kurikulum n penilaian n 4}hafazan. Xtau la cmne...tapi ok jer... result tesis pun dah kuar....ok la jgak...alhamdulillah dengan usaha yg dah dlakukan. Terima kasih la buat semua yg terlibat scr langsung dan tidak langsung. nampaknya sem ni kna manfaatkan masa dan saat terakhir di bumi UKM nih....nati dah kuar mesti rindu nge kawan2, kuliah, exam, hehehhehehe. tapi sbnarnya xsabar gak nak hbiskan blajar nih.....nk kerja lak.... harap2nya sem ni akan membuahkan kenangan bersama di akhir sem nihh.....ea..... selamat belajar ea......salam rindu buat semua...)
Saturday, December 19, 2009
BUDAK BARU BELAJAR
Subscribe to:
Posts (Atom)










