Thursday, September 10, 2009
tesisku...
Pada semester ini aku di amanahkan membuat tesis..alhamdulillah sampai 08/09/2009..kami bertujuh yang diselia oleh Dr Razaq Ahmad telah dapat menjalankan dan mengedarkan soal selidik kepada responden-responden yang kami ingin kaji, iaitu Orang Asli. Tajuk tesis ku..."Tinjauan Sikap Pelajar Orang Asli terhadap P.I di sekolah Men Daerah Gua Musang. hehehheheh... disebabkan aku memang tinggal di ciku,daerah gua musang, so...mudahlah bagiku untuk mencari responden. Di daerah Gua Musang terdapat banyak juga sekolah yang mempunyai pelajar2 Orang Asli antaranya...SMK CIKU 1, SMKTIP 1, SKMTIP 2 DAN SMK LEBIR dan SMK JEREK. Inilah antara sekolah-sekolah yang aku maklum pelajar-pelajarnya terdiri dari anak2 Orang Asli. Berkat usaha dan semangat kami semua...saya dan 4 orang kawan saya akan menjalankan kajian ini pada 13/09/2009 di dua buah sek dan kaw perkampungan orang asli.. kawan2ku akan menumpang di rumahku selama 3 hari 3 malam demi menyiapkan tesis ini... Pada 11/9/2009 kami bertolak balik ke Gua Musang dengan menaiki Keretapi..huhu besnyer... Dan aku plak, balik edar soal selidik ni, kemudian aku sambung terus cuti hari raya, hoooreyyyy.. sebab aku xbeli pun tiket nk balik kampung, pada asalnya aku nak balik dengan kakakku...yang mengajar di Kepong... So, xjadilah balik dengan dia,,,,..selamat berhari raya lah buat semua sahabat. Aku akan balik ke UKM plak pada 28/09/2009. dan akan menganalisa hasil kajian yang aku akan kutip nanti.... sekian dahulu untuk coretan kali ini...waslam.
Tuesday, September 8, 2009
Sunday, September 6, 2009
YANG LALU, BIARLAH BERLALU
Mengingati masa lalu dan menghadirkan kmbali dlm kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan satu tindakan yg bodoh dan gila. itu, sama ertinya dengan membunuh semngat, membunuh harapan dan menghalang orang untul mnjalani kehidupan seadanya.
Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakanya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yg sgt kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sbhgian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.
Saturday, August 29, 2009
salam Ramadhan 1430
Alhamdulillah sama kita panjatkan kesyukuran kerana kita dipanjangkan umur sehingga ke bulan yang mulia ini. hari ini sudah hari ke9 berpuasa.. Pada awal ramadhan ana berada di rumah abang sulungku di Kepong, taman indah perdana. disana aku bersama semua keluargaku, abah, ma, abe wan n isterin, k,ngah n suami, adik2 ku kerana semuanya datang ke KL, kebetulan cuti sekolah. aku seronok dapat bersahur bersama keluargaku, inilah saat manis bersama keluarga. pada hari yang keempat aku terpaksa pulang ke tempat pengajianku iaitu UKM...kolej pendeta za'ba... aku mula berpuasa di sini, mula2 rasa sedih jgak...hehehhe... alhamdulillah aku bersama myfriend,,,Hidayah,,, kami sama2 berbuka puasa dan bersahur. so, tidakalh memboringkan sangat sebab ada kawan2 yang menemani. inilah pentingya kawan.. saat susah senang diharungi bersama. lauk pauk untuk juadah berbuka kami beli di cafe Setia Murni, disini banyak pilihan lauk pauk, disini juga selera kelantan,,,, itulah yang membuatkan kami selera disini... hari-hari yang berlalu ibarat air yang mengalir... tanpa disedari sudah 9 hari berpuasa. disini juga saya sibuk dengan aktiviti subjek KO-k dan juga dengan latihan ilmiah yang aku perlu buat sepanjang semester ini...
Monday, August 10, 2009
Kuanrantinkan diri sendiri

kepada sahabat2 yang disayangi Kalaulah anda menghadapi simptom selesema, batuk, demam, sukar bernafas, pening kepala, sakit tekak mungkin anda H1N1...... Minum air susu & buah. Makan makanan yang dibuat daripada buah kerana pihak kami telah menjalankan kajian bahawa minuman segar mampu membersihkan atom2 H1N1. Tolong forward kepada rakan2 untuk kesihatan bersama.- HOSPITAL SULTAN AMINAH JOHOR
Untuk mengelak daripada terkena wabak in,,,,kuanrantinlah anda di rumah atau di blik anda..jangan keluar marata-rata tambahan di tempat yang sesak dengan orang. di mana sahaja sekarang ini terdapat wabak ini sehinggakan ada yang meninggal dunia akibat wabak H1N. selamat menjaga kesihatan anda demi kesejahteraan kita semua. Semoga Allah melindungi hambanya yang lemah ini..hanya padaMu tempat bergantung.
Friday, August 7, 2009

Nabi s.a.w. bersabda:
1. Bacalah Kalimah ini sabanyak saratus kali tiap-tiap hari, kerana tidak ada kebaikan yang lebih baik daripadanya.
2. Sesiapa yang membaca Kalimah LAA ILLAHA ILLALLAH saratus kali pada waktu pagi dan saratus pada waktu petang, ganjaran yang akan diterima ialah sebanyak ganjaran yang diterima oleh orang yang telah membebaskan sepuluh orang hamba dan keturunan Nabi Ismail 'alaihis-salam.
3. Perbahruilah keimanan kamu dengan membaca Kalimah LAA ILLAHA ILLALLAH dan dengan mengamalkannya.
4. Manusia yang paling bahagia dengan Shafaatku ialah orang berkata LAA ILLAHA LLALLAH dengan ikhlas dari hatinya.
5. Sesungguhnya Allah mengharamkan api neraka terhadap orang yang mengatakan LAA LLAHA ILLALLAH yang betul-betul menuntut keredaan Allah.
6. Zikir yang termulia ialah LAA ILLAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah ALHAMDULILLAH
7. Hendaklah kamu mengajar mayat-mayat mu akan mengucap kalimah LAA ILLAHA ILLALLAH ketika ia hendak meninggal maka di wajibkan syurga baginya.
8. Barang siapa yang mengucapkan LAA ILLAHA ILLALLAH dengan ikhlas dia akan dimasukan kedalam syurga.
9. Tiada seorang hamba yang mengucapkan LAA ILLAHA ILLALLAH melainkan dibukakan baginya pintu-pintu di langit sehingga Kalimah itu terus menuju ka `arasy kecuali orang itu terlibat di dalam dosa-dosa besar.
10. Perbanyakkanlah ikrar dan pengakuan terhadap LAA ILLAHA ILLALLAH sebelum tiba suatu masa di mana kamu tidak dapat lagi mengucapkannya.
11. Bahawa ahli LAA ILLAHA ILLALLAH tidak akan berdukacita di dalam kubur dan tidak di padang Mahsyar. Seakan-akan aku melihat ahli-ahli LAA LLAHA ILLALLAH itu sedang bangun dari kubur masing-masing dengan mengabiskan tanah dari kubur mereka sambil berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami (buat selama- lamanya).

Subscribe to:
Posts (Atom)